DJ Suria
Bookmark and Share
Tuah Zoqarnain | Zizi | Myra | Zaf | Bob Ringgo | Lin | Naim | Othoe [Suria KK] | Suby | Webmaster | Halim Othman | Linda Onn | Dudu (Lotter)
 
Konsert Kemuncak Suria- The Intro..
By Linda on 7/27/2010 6:35:03 PM
Konsert Kemuncak SURIAfm berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Putrajaya, Precint 3 pada hari Sabtu 24 Julai 2010. Ianya merupakan satu sejarah bagi SURIAfm dan Putrajaya kerana berjaya mengumpul dengan anggaran lebih 35,000 penonton dalam satu masa.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan konsert ni.

Secara peribadi, Linda bersyukur dan gembira kerana ini merupakan acara besar pertama bagi Linda sepanjang 7 bulan bekerja dengan SURIAfm....dan pastinya acara besar ini merupakan acara yang sangat berjaya! Sukses!

Dari sudut lain, Linda rasa lega dan bangga bila usaha dan idea Linda juga 'menjadi'. Antaranya membuat video 'telemovie' lakonan penyampai Suria (arahan Linda) yang ditayangkan di awal konsert, mengumpul teman2 'bikers' dan persediaan bagi lagu-lagu di acara pembukaan yang didendangkan oleh penyampai2 Suria. Sukses! Terima kasih kepada pihak Suria yg menerima 'suara' & kreativiti Linda..

Bila dikira-kira, gimik penyampai Suria di acara pembukaan ni kosnya ialah RM1.3 juta. Apa taknya.. Satu motor harga RM100k. Malam tu ada 13 motor. U do the math!!

Yok! Tengok gambar!

Zizi & marshall ONE NATION EVENT...

Penyampai Suria Cinta - Lin dan producer Breakfast@Suria- Kak Vee bersama Spyder..

Selepas turun dari motor, semua penyampai Suria naik ke pentas untuk menari. Lagu intro kami - Michael Jackson & C+C Music Factory. Nanti Linda masukkan video & lagu2 yang kitorang nyanyi k...

Ready? 5..6...7...8 !

Lagu-lagu yang kami dendangkan ialah Awas (KRU) , Hanya Kau Yg Mampu (AIZAT) , Pakai Buang (STACY) & Yang (WALIBAND) ...


Selepas tu... dah udah-udah lerrr menyanyi... Back to your day job, guys!!

Penyampai2 SuriaFM pastinya adalah pengacara2 pada malam itu...

Halim, Linda & Zizi...

Thank u guys for reading!!

Tunggu OK! Linda akan masukkan video lakonan penyampai & lagu nyanyian kitorang di Facebook & blog ni k... Check it out!
 
     
 
Blog Terbaru
DESTINASI TERAKHIR JUS JUMBOO
 
Habis Dijual
 
Raya dah dekat...
 
Jus Jumbo Taiping
 
Masih ada Telefon Bimbit Samsung
 
terima kasih! pendengar suria cinta....
 
berbuka puasa bersama pendengar setia suria cinta...
 
GANDINGAN-GANDINGAN RAYA 1MALAYSIA
 
selebriti beramal di bulan ramadhan
 
tak sempat