 |
|
 |
|
|
|
|
|
Nombor perkhidmatan sms di Suria FM ialah 33988.
Berikut ialah perkhidmatan SMS yang disediakan di Suria FM:-
PENDAFTARAN SEBAGAI VIP SURIA FM - Untuk mendaftar sebagai VIP Suria FM, sila taip VIP <ruang> NAMA ANDA <ruang> NO KP, hantar ke 33988. Contoh:- VIP ALI BIN AHMAD 123456-78-9010
* Semak NO VIP anda dengan menaip SURIA <ruang> SEMAK, hantar ke 33988.
UCAPAN/DEDIKASI - Untuk menghantar sebarang ucapan atau dedikasi di Suria FM, sila taip SURIA <ruang> NAMA ANDA / DARI MANA <ruang> UCAPAN/DEDIKASI, hantar ke 33988. Contoh:- SURIA ALI BIN AHMAD DARI SELAYANG BARU, SELAMAT PAGI DIUCAPKAN KEPADA SHIMA & KELUARGA. SEMOGA SIHAT2 SELALU.
PILIHAN LAGU - Untuk membuat permintaan/pilihan lagu di Suria FM, sila taip SURIA <ruang> NAMA ANDA / DARI MANA <ruang> TAJUK LAGU / NAMA ARTIS, hantar ke 33988. Contoh:- SURIA ALI BIN AHMAD DARI SELAYANG BARU, BIARLAH RAHSIA SITI NURHALIZA DAN IRIS AWIE.
Nota:- Untuk lagu-lagu permintaan, lagu anda akan hanya ditunaikan pada segmen-segmen tertentu sahaja dan tertakluk kepada terma & syarat semasa kami.
UNDIAN CARTA Terdapat 3 Carta di Suria FM untuk anda undi bagi menentukan kedudukan lagu setiap minggu.
Suria 20 - Undi Carta Suria 20 di Suria FM, sila taip SURIA <ruang> S20 <ruang> KOD LAGU / TAJUK LAGU, hantar ke 33988. Contoh:- SURIA S20 15 atau SURIA S20 MUNGKINKAH, SHEILA ABDUL
Suria Baik Banget - Undi Carta Suria Baik Banget di Suria FM, sila taip SURIA <ruang> SBB <ruang> KOD LAGU / TAJUK LAGU, hantar ke 33988. Contoh:- SURIA SBB 8 atau SURIA SBB 8 DEMI WAKTU, UNGU
Suria Intro - Undi Carta Suria Intro di Suria FM, sila taip SURIA <ruang> SI <ruang> KOD LAGU / TAJUK LAGU, hantar ke 33988. Contoh:- SURIA SI 3 atau SURIA SI 3 PENGHARAPAN INI, AZIZAH
POLLING/UNDIAN SMS - Untuk undian sms di Suria FM, sila ikuti topik atau 'poll' yang diumumkan oleh penyampai.
Undian Ya/Tidak - Untuk undian YA/TIDAK, sila taip SURIA <ruang> YA / TIDAK, hantar ke 33988
Undian Berjawapan - Untuk undian berjawapan, sila taip SURIA <ruang> A, B, atau C, hantar ke 33988
PERADUAN SMS - Untuk menyertai peraduan melalui SMS di Suria FM, sila taip SURIA <ruang> ALBUM atau WAYANG, hantar ke 33988. Contoh:- SURIA ALBUM atau SURIA WAYANG
SURIA CINTA Untuk segmen Suria Cinta, berikut ialah perkhidmatan SMS khas yang turut disediakan:-
Chat@Suria Sebelum memulakan sesi Chat anda, sila pastikan anda telah mengaktifkan Chat anda dengan menaip ON <ruang> SURIA, hantar ke 33988. (Pengaktifan Chat hanya sekali sahaja) Untuk membatalkan Chat anda pada bila-bila masa, taip STOP <ruang> SURIA, hantar ke 33988.
Nota:- Tiada caj bulanan dikenakan untuk pengaktifan Chat@Suria. Caj hanya dikenakan sekali sahaja.
Untuk menghantarkan Chat anda, taip SURIA <ruang> CHAT <ruang> NO VIP RAKAN <ruang> MESEJ, hantar ke 33988. Contoh:- SURIA CHAT 12345 HAI, BOLEH BERKENALAN DENGAN AWAK?
SURIA PAGI KINABALU Semua SMS yang dihantar ke Suria Pagi Kinabalu, sila taip SURIA <ruang> KK <ruang> NAMA / DARI MANA / MESEJ, hantar ke 33988. Contoh:- SURIA KK NITA DARI TAWAU, SEMOGA DJ SIHAT SELALU. ARAMAITIE!
Nota:- Semua sms yang dihantar yang berjaya akan dicaj RM0.50sen (tidak termasuk kadar caj minima oleh Telco).
|
TERMA & SYARAT PENGGUNAAN SMS DI SURIA
- - Pengguna hendaklah mendaftar sebagai VIP SURIA FM.
- - Pihak Suria FM tidak memberi jaminan bahawa setiap SMS, UCAPAN atau LAGU PILIHAN yang dihantar akan dibaca. Kesemua SMS, UCAPAN atau UCAPAN akan ditapis dan diluluskan untuk dikeudarakan mengikut kesesuaian program/segmen/masa.
- - VIP SURIA harus menggunakan perkhidmatan SMS Suria untuk peraduan dan perkhidmatan interaktif yang disediakan sahaja.
- - Penggunaan kata-kata kesat atau lucah dan bahan berupa imej, audio atau visual, yang mempunyai unsur-unsur fitnah, menghina, politik, keagamaan, perkauman atau lucah, tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan boleh diambil sekiranya didapati VIP SURIA FMmelanggar sebarang syarat penggunaan SMS di Suria.
- - Setiap SMS yang dihantar, akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 sen sahaja. (belum termasuk caj minima yang dikenakan oleh pihak pengendali talian/TELCO)
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
 |
|